Wednesday, October 10, 2012

'RAJA BAND KUALA LUMPUR 2012' - Pertandingan kugiran terbesar di Kuala Lumpur

Jom sertai Pertandingan ‘Raja Band Kuala Lumpur 2012’ anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diadakan secara mingguan pada setiap hujung minggu selama 8 minggu bermula pada 16 September 2012 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa.   

Menampilkan Awie (Wings), Yazid (Search), Yan (Left-handed), Jart Hassan (Jazz Com), CDNaz, Achid (DefGabc) Radhi (OAG) selaku juri pertandingan, Juara mingguan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan layak untuk bertanding pada Pertandingan Akhir ‘Raja Band Kuala Lumpur’ yang akan diadakan pada 24 November 2012 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.  Naib Juara Mingguan akan turut mendapat hadiah wang tunai RM500.00 dan Tempat Ketiga sebanyak RM300.00.


Pertandingan Akhir ‘Raja Band Kuala Lumpur’

Tarikh            :           24 November 2012
Tempat         :           Panggung AnniversariTaman Botani Perdana, KL.  


Hadiah Pertandingan Akhir Raja Band Kuala Lumpur:-

Juara                 -             RM10,000.00 berserta Piala
Naib Juara       -           RM  5,000.00
Ke-3                       -           RM  3,000.00


Anjuran DBKL dengan kerjasama Persatuan Kayawan Malaysia, Raja Band Kuala Lumpur adalah sebuah Pertandingan Kugiran Terbesar di Kuala Lumpur yang bertujuan  untuk mencari kumpulan muzik yang berbakat dan Terbaik Dari Kalangan Yang Terbaik di Kuala Lumpur disamping menampilkan bakat-bakat baru di dalam bidang seni  muzik serta memberi hiburan khasnya untuk khalayak wargakota dan juga pelancong pada setiap hujung minggu.

Penyertaan adalah PERCUMA!!!

Dilampirkan Borang Penyertaan Raja Band KL 2012. Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 010 7969113 ataupun berhubung terus dengan Bahagian Kebudayaan & Kesenian DBKL di talian 03-26176295 / 03-26176289 ataupun Persatuan Karyawan Malaysia di talian 03-20925517.  Sila E-mail kembali BORANG yang telah lengkap diisi serta SURAT PENGAKUAN dan hantar ke Email : rajabandkl@gmail.com

Pertandingan Saringan Minggu ke-5 akan diadakan pada 14 Oktober 2012 bermula pada jam 3.00 petang. Sila layari FB Pertandingan Raja Band Kuala Lumpur 2012 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment